Posts

BISNES DI USIA MUDA : TIPS BAGI YANG BARU NAK MULA

Hai, lama sangat Mai tak tulis apa-apa, habis berhabuk dah blog ni hahaha. Ok hari ni nak cakap pasal bisnes. Bisnes ni satu benda yang bagi Mai, Mai rasa penting dan banyak sangat sekarang ni. Tambah pulak dengan keadaan COVID-19 yang tak reda² lagi ni, Mai nampak ramai orang yang mula fokus untuk buat bisnes. Salah satu sebab yang Mai nampak ialah sebab ada yang kena buang kerja. Jangan risau, bagi yang kena buang kerja, rezeki Allah tu luas, Mai doakan anda semua dimudahkan semua urusan ya😊 Bukan tu je, Mai tengok ramai budak² muda sekarang yang turut berbisnes kecil-kecilan. Wahh, hebatnya, boleh cari duit seiring dengan belajar! Syabas! Mai doakan anda semua murah rezeki🤗 Haa, bagi yang baru je nak mula terjun ke arah bisnes ni, tak dinafikan rasa takut tu memang ada pada mulanya. Mai sendiri pun rasa camtu dulu mula² nak jual barang (eh, Mai jual apa ni? Hehe🤭). Tapi percayalah, bila dah start dapat customer, uish ketagih nak promote n berniaga tu makin membara tau haa. Best b...

NADA DALAM SAJAK

Sajak merupakan sebuah seni yang sangat indah, sama ada ketika mencipta sajak atau mendeklamasikannya. Salah satu daya penarik yang boleh diketengahkan dalam persembahan sajak ialah penyajak perlu tahu apakah nada yang sesuai dengan sajak yang dideklamasikan. Setakat yang saya tahu, terdapat 5 jenis nada sajak. Nada-nada tersebut ialah; 1. Nada patriotik Nada ini selalunya dapat dikenal pasti melalui sajak yang bersifat patriotik, misalnya sajak tentang kemerdekaan. Intonasi penyajak lebih tinggi dan bersemangat ketika mendeklamasikan sajak ini. 2. Nada romantis Selain itu, nada romantis. Nada romantis lebih menekankan aspek cinta dan kasih sayang, kisah silam dan penghayatan yang mendalam terhadap sesuatu misalnya alam sekitar. Alunan suara penyajak juga lebih lembut dan mendayu. 3. Nada melankolik Nada melankolik lebih bersifat kesedihan di mana penyajak akan meluahkan perasaan hiba melalui sajak. Sajak seumpama ini juga boleh membuatkan audiens beremosi dan menitiskan air mata sekir...