BISNES DI USIA MUDA : TIPS BAGI YANG BARU NAK MULA

Hai, lama sangat Mai tak tulis apa-apa, habis berhabuk dah blog ni hahaha. Ok hari ni nak cakap pasal bisnes. Bisnes ni satu benda yang bagi Mai, Mai rasa penting dan banyak sangat sekarang ni. Tambah pulak dengan keadaan COVID-19 yang tak reda² lagi ni, Mai nampak ramai orang yang mula fokus untuk buat bisnes. Salah satu sebab yang Mai nampak ialah sebab ada yang kena buang kerja. Jangan risau, bagi yang kena buang kerja, rezeki Allah tu luas, Mai doakan anda semua dimudahkan semua urusan ya😊

Bukan tu je, Mai tengok ramai budak² muda sekarang yang turut berbisnes kecil-kecilan. Wahh, hebatnya, boleh cari duit seiring dengan belajar! Syabas! Mai doakan anda semua murah rezeki🤗

Haa, bagi yang baru je nak mula terjun ke arah bisnes ni, tak dinafikan rasa takut tu memang ada pada mulanya. Mai sendiri pun rasa camtu dulu mula² nak jual barang (eh, Mai jual apa ni? Hehe🤭). Tapi percayalah, bila dah start dapat customer, uish ketagih nak promote n berniaga tu makin membara tau haa. Best bukan main lagi, ya la sebab dah dapat pulangan dari hasil titik peluh sendiri. 

Kat sini, Mai ada beberapa tips untuk anda semua yang baru je nak mulakan bisnes, tambah² lagi untuk student yang nak cari side income sendiri. Ni based on experience Mai tau, kalau ada pendapat lain, boleh komen di bawah😄

1. Jadi dropship

Anda boleh sertai dropship dulu, kalau boleh, pilih free dropship sebab kita baru nak mula belajar selok belok berniaga. Boleh scroll² kat ig or fb untuk cari org yang nak dropship utk perniagaan mereka, contoh macam bisnes beg, chocojar dan banyak lagi.


2. Pilih bisnes yang kita minat

Siapa tak semangat nak buat benda favourite kan? Haa sama la jugak dengan bisnes ni, kalau kita pilih benda yang kita suka nak jual, inshaAllah bisnes tu akan maju. Tak percaya? Boleh tengok point seterusnya😁


3. Think positive

Bila kita suka benda yang kita buat n jual, automatik kita akan sentiasa semangat nak promote² kat socmed n terus cari cust tanpa putus asa. Plus, bila kita takdak customer sekalipun, kita akan tetap think positive. Sebab apa? Sebab kita tahu benda yang kita buat tu benda yang memang kita suka. Haa, satu lagi, bila kita think positive, dia ibarat ada ion positive gak yang buatkan cust pun suka nk beli dgn kita. Hehe, Mai pernah rasa tau camtu, n feel tu memang best👍


4. Hiraukan kata-kata negatif org sekeliling

Pernah dengar tak, kawan rapat kita belum tentu jadi customer kita. Bagi Mai, that's true! Sebab benda ni nampak ketara bila kita mula berbisnes. Member rapat kita tak pernah kisah pun pasal apa yang kita jual. Bukan semua ye macam tu, ada jugak member yang supportive, tapi Mai rasa boleh kira dengan jari je kut. Tapi, tu bukan halangan untuk anda bersedih n give up. Ingat, nak berjaya mesti ada halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Teruskan usaha n hiraukan org sekeliling, sebab kita kena ingat kita buat bisnes ni sebab kita minat, haa macam kat point no. 2 tadi😄


5. Tajdid niat

Sebenarnya, point ni patutnya Mai letak no. 1 tadi hehe. Ok, sebelum mula bisnes, letakkan dulu niat sebenar kenapa kita nak buat bisnes. Selalu kita dengar org bisnes akan cakap, "tetapkan BIG WHY anda". Haa, sebab BIG WHY ni macam target yang akan push kita untuk sentiasa usaha dengan gigih dalam bisnes tu sampai berjaya. Contoh big why Mai dalam bisnes ialah Mai nak ambik lesen moto or kereta guna duit hasil bisnes Mai tu, hehe. Jadi, dgn ada niat yang betul plus big why yang padu, konfem anda boleh berjaya dalam biz anda😉


Ok Mai rasa setakat tu dulu kut sharing Mai pasal bisnes. Mai harap tips untuk mereka yang baru nak mula berniaga kecil-kecilan, khususnya student ni bermanfaat untuk semua. 

~Mai jualbarang apa? Hehehe adalaa, nanti post seterusnya, inshaAllah Mai bagitau🤭

Btw, esok raya 2021 kan? Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin😊✨

Ingat! Duduk rumah, jaga SOP, jom sama-sama putuskan rantaian COVID-19💪













Comments

Popular posts from this blog

NADA DALAM SAJAK